Sebut sahaja tentang power steering, rasanya ramai dah tahu apa itu power steering  kan? Lagi-lagi untuk anda yang mempunyai kenderaan sendiri, seperti kereta.

 

Kereta zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua mempunyai power steering. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila anda tidak tahu sama ada power steering tersebut sedang berfungsi dengan baik atau pun tidak.

 

Power steering ini merupakan komponen yang sangat penting dalam sesebuah kenderaan. Disebabkan power steering ini lah kereta anda boleh dipandu dengan mudah, tak rasa berat dan boleh dibawa laju seperti mana yang anda nak.

 

Kalau anda bawa kereta lama dengan kereta sekarang ni memang akan dapat rasa beza lagi-lagi part steering tu.

 

 

Walaupun power steering ni lebih bagus daripada steering yang lama, tetapi macam biasalah semua benda pun takkan lari daripada masalah.

 

Setiap komponen kenderaan anda tu, sehebat mana pun ia sampai satu tahap ia akan rosak juga.

Tetapi sekiranya power steering ni bermasalah dan rosak memang kos nak servisnya memang mahal.

Bak kata orang, boleh rabak lah poket.

 

Tetapi yang menjadi persoalannya, macam mana nak tahu yang power steering kereta anda ni bermasalah?

Jadi dalam artikel kali ini, kami akan terangkan tanda besar power steering kenderaan anda bermasalah.

1. Steering terasa berat

 

 

Salah satu petanda besar yang paling mudah untuk anda ketahui adalah apabila semasam memandu tu, steering terasa berat dan tak seperti biasa.

Kebiasannya perkara macam ni terjadi apabila kuasa elektrik dalam sistem power steering tersebut rosak dan ia tidak dapat bantu pusingkan gear steering.

 

Manakala model stereng kuasa hidraulik, kerosakan biasanya disebabkan oleh kehabisan minyakpower steering dalam tiub takungan.

Minyak power steering yang kehabisan, biasanya disebabkan oleh kebocoran atau beberapa komponen power steering yang koyak.

 

2. Steering senget & tidak lurus

 

 

Mungkin ada sesetengah kenderaan bagi mereka ini adalah perkara biasa apabila steering itu sentiasa dalam keadaan senget dan tidak lurus.

 Tetapi sebenarnya kalau anda memandu dalam keadaan laju ia boleh membahayakan keselamatan diri anda.

 

Bila memandu, pemandu akan berasa susah nak kawal steering tersebut dan boleh membuatkan anda kemalangan di jalan raya.

Lagi-lagi bila anda nak luruskan kereta ia akan menyusahkan kerja pemandi sekiranya nak parking kereta.

 

3. Steering berbunyi semasa dipusing

 

Bunyi ini akan didengar lagi-lagi semasa anda tengah membelok kereta, dia akan mengeluarkan bunyi yang tak biasa anda dengar.

Itu juga merupakan salah satu petanda besar yang power steering anda sedang bermasalah.

Ini adalah kerana vane pump pada power steering itu tidak lagi berfungsi dengan baik.

 

Lagi satu bunyi yang anda boleh dengar dan memang menunjukkan yang bahawa power steering  tersebut tengah betul-betul rosak dan perlu diperbaiki.

Apabila anda dengar bunyi dengung atau macam bunyi bergaung datang daripada bawah hud kenderaan.

 

Jika bunyi tersebut anda dengar semasa sedang menghidupkan enjin kereta, maka ketahuilah bahawa power steering tersebut sedang betul-betul rosak.

 

4. Warna minyak power steering bertukar

 

Apabila warna minyak power steering kereta anda dah bertukar pada warna lain, itu menunjukkan power steering tersebut mempunya masalah.

Minyak power steering merupakan komponen yang penting untuk memboleh kan ia berfungsi dengan baik.

 

Sekiranya kualiti minyak power steering anda sudah tidak baik, ia bermaksud power steering kenderaan tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak optimum.

 Oleh sebab itu lah minyak power steering yang sudah menunjukkan perubahan dari merah ke merah kehitaman atau menjadi coklat kehitaman harus diganti.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.