Sesetengah orang yang dah biasa bawa kereta mesti dia tahu apa yang terjadi pada kereta. Bila angin tayar kereta tak mencukupi pun, kita sebagai pemandu dah boleh terasa lainnya bila memandu. Apetah lagi kalau ada sebarang masalah lain yang terjadi pada kereta yang kita memandu tersebut.

 

Ada sesetengah orang juga yang jenis dapat rasa tak sedap ketika memandu kenderaan tersebut tetapi diorang jenis tak berapa nak pandai untuk figure out.  Masalah apa yang terjadi pada kereta tersebut.

 

BEARING ROSAK?

Pernah tak kereta terasa berat dan macam lambat pickup bila tengah memandu? Nak kata banyak barang dalam kereta tak jugak tetapi dah tekan minyak pun masih kereta lambat pickup. Nak tahu lebih lanjut?

Jom baca artikel penuh di bawah.

 

FILTER AIRCOND TERSUMBAT

 

Siapa sangka yang sebenarnya kalau filter aircond kenderaan tersumbat dan penuh dengan habuk sebenarnya boleh menyebabkan kereta jadi lambat nak pickup dan terasa berat.

 

Sekurang-kurangnya dalam 3-6 bulan sekali boleh lah pergi servis, cuci atau tukar filter aircond  kereta tu supaya kereta boleh berfungsi dengan baik

 

SPARK PLUG

 

Spark plug kenderaan anda juga ada jangka hayatnya sendiri. Sekiranya bila anda dah tengok meter kenderaan sudah mencecah lebih daripada 30,000KM maka sudah tiba lah masanya untuk anda menukar spark plug

 

Kalau dah agak-agak lebih setahun guna tu pun dah boleh lah pergi tukar ya!

 

PENAPIS MINYAK TERSUMBAT

Sekiranya minyak mengalir dengan lancar, ia akan ke sistem pembakaran enjin iaitu karburator. Tetapi apa yang menyebabkan kereta anda lambat pickup atau pun terasa berat adalah disebabkan minyak tidak dapat mengalir dengan lancar kerana penapis sudah tersumbat.

 

Sebaiknya adalah sekiranya anda pergi kereta menukar timing belt, pastikan anda menukar penapis minyak pada kereta anda itu sekali.

 

RODA BEARING ROSAK

Bearing kereta ni mungkin jarang nak rosak tapi kebiasannya anggaran tahun yang perlu ditukar untuk bearing roda kereta adalah dalam masa 8 hingga ke 10 tahun.

 

Semasa anda sedang memandu dalam had laju yang tinggi dan kedengaran bunyi seperti berdengung itu tandanya bearing roda kereta sudah rosak dan perlu ditukar secepat mungkin.

 

TIMING BELT

 

Sekiranya anda rasa timing belt kereta telah lari, boleh pergi ke bengkel kereta berdekatan untuk hantar servis dan suruh mereka yang berpangalaman tersebut untuk membetulkan keduduk timing belt  tersebut.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.