Tiba-tiba je temperature kereta naik dan lampu amaran tu menyala itu mesti sebab radiator dan air coolant kering.

Eh mood dah seronok-seronok nak pergi bercuti, jalan-jalan dengan keluarga tiba-tiba boleh pulak eh kereta ni buat hal. Daripada mood semua orang happy, bila dapat tahu kereta ada masalah mestilah automatik terus semua orang jadi badmood. 

 

Bila kereta punya temperature dah naik, dah sah-sah lah aircond kereta tak boleh nak guna. Kalau guna nanti lagi lah buat keadaan lagi teruk, risau terbakar pulak kereta. Lagi, buat korang nervous mesti lah bila tiba-tiba keluar asap putih melalui enjin kereta. Pernah tak terjadi perkara macam ni dekat diri korang?

 

 

Kalau anda terpaksa melalui perkara sebegini, perkara yang pertama anda perlu buat adalah untuk berhenti kereta segera di tempat yang selamat. Tutup enjin kereta dan bukak bonet hadapan di bahagian enjin kerana kereta anda sudah overheat.

 

Salah satu sebab yang menjadikan kereta overheat adalah disebabkan cooling system kereta dah tak berfungsi. Disebabkan itu lah anda tidak boleh biarkan air radiator dan coolant dalam keadaan kering. Jika ia kering, ini lah yang menyebabkan kereta overheat.

Sebab apa kereta overheat?

1. Cooling fan radiator telah rosak dan tidak boleh berfungsi.

2. Radiator bocor dan tersumbat.

3. Air di dalam radiator kosong atau pada tahap bawah daripada minimum.

4. Pam air bocor.

5. Laluan air coolant tersumbat atau pun bocor.

6. Thermostat bermasalah.

7. Motor kipas rosak.

Di atas adalah beberapa punca yang boleh menyebabkan kereta anda overheat. Sekiranya anda seorang diri di jalan raya tanpa ada bantuan daripada orang lain, kalau kereta overheat dan mengeluarkan asap putih.

 

 

Pertama sekali, biarkan kereta anda sejuk terlebih dahulu. Jangan sesekali gatal tangan untuk buka penutup radiator. Sekiranya anda buka penutup coolant radiator ketika ia masih panas.

 

Sekiranya anda buka, ia boleh menyebabkan kulit anda melecur dan cedera kerana air di dalam coolant radiator tu sangat panas, seola-olah air yang baru sahaja di masak.

 

Anda duduk diam-diam dan tunggu sahaja kereta anda sehingga asap putih tersebut hilang. Ramai juga orang yang simbah air ke enjin, untuk menyejukkan kenderaan. Tetapi sebenarnya cara tersebut adalah salah dan tak membantu untuk mengurangkan kereta yang sedang overheat pun ya.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.