Cermin selalu berkabus memandangkan sekarang ni cuaca di Malaysia tak berapa nak tentu, sekejap hujan lebat sekejap panas. Kita sebagai pemandu ni lah yang sentiasa kena berhati-hati supaya keselamatan diri dan juga penumpang.

 

Korang pernah tak memandu semasa hujan lebat atau pun memandu di kawasan yang sejuk seperti Genting Highland semasa musim hujan? Seksa dia nak memandu semasa hujan lebat dan berkabus ni tuhan je yang tahu. Berkabus yang tahap terpaksa memandu kenderaan tu dengan lap cermin hadapan kereta.

 

Kalau tak lap pula cermin tu keselamatan kita pulak yang bahaya, risau berlaku kemalangan jalan raya. Ada beberapa cara sebenarnya yang anda boleh lakukan untuk selesaikan masalah cermin berkabus semasa hujan ni!

 

Nak tahu cara-caranya? Jom baca artikel penuh di bawah ni.

 

1. Ubi Kentang

 

 

Siapa sangka sebenarnya ubi kentang boleh mengatasi masalah cermin berkabus semasa memandu ketika hujan.

 

CARANYA:

– Bahagikan sebiji ubi kentang kepada 2 bahagian.

– Gosok dan tonyoh ubi kentang pada cermin bahagian dalam kereta.

– Biarkan cermin kering seketika.

– Lap cermin sehingga bersih menggunakan tisu kering

 

Dan siap! Cara mudah ini boleh membersihkan cermin dan juga akan tinggalkan lapisan yang boleh mengelakkan cermin kereta berkabus semasa hujan.

 

2. Ubat Gigi

 

Apa sahaja yang ubat gigi ni tak boleh buat, semua benda boleh buat dengan menggunakannya. Selain dapat mencuci lampu kenderaan nampak macam baru, ubat gigi ni jugak boleh selesaikan masalah cermin berkabus.

 

CARANYA:

  •  Sapu ubat gigi di seluruh permukaan bahagian dalam cermin kereta.
  •  Lap cermin kenderaan dengan menggunakan kain mikrofiber.

 

Hanya dengan dua langkah mudah, ubat gigi ini dapat mengatasi cermin berkabus ketika hujan. Nampak lah sikit jalan tu ketika nak memandu waktu musim hujan.

 

3. Syampu Rambut

 

Cara yang ketiga ini paling mudah iaitu dengan menggunakan syampu rambut sahaja. Jangan risau caranya tak renyah dan tidak memerlukan penggunaan air langsung untuk melakukannya.

 

CARANYA:

  •  Sapu sedikit syampu pada cermin kereta.
  •  Gosokkan syampu pada cermin tanpa menggunakan air.
  •  Hilangkan kesan syampu pada cermin kereta dengan menggunakan kain mikrofiber atau surat khabar.
  •  Gosok dan lap cermin dengan perlahan. Untuk mengelakkan daripada cermin tersebut calar.

 

Sebenarnya cara- cara di atas bukan sahaja boleh digunakan untuk menghilangkan kabus pada cermin kereta anda, tetapi boleh juga digunakan pada mana-mana cermin yang ada.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.