Setiap pengguna kenderaan mesti dah tahu cara nak pastikan kereta sentiasa bersih dan kereta sentiasa berkilat macam mana kan?

Salah satunya adalah mencuci kereta untuk pastikan cat kereta sentiasa nampak kilat.

Tetapi rasanya tak semua orang tahu cara sebenar yang memang boleh maintain kan cat kereta sentiasa nampak kita dan tahan lama.

 

Kebersihan dan kecantikan kereta ni bukannya setakat nak nampak cat kereta dan kenderaan itu sahaja berkilat.

Kena pastikan juga yang dalam kenderaan tu pun nampak bersih sama seperti luar.

Bagi sesetengah orang mesti agak leceh dan menyusahkan bila asyik nak kena pastikan kenderaan anda nampak berkilat 24 jam dan pada setiap masa.

 

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh maintain kan cat kereta untuk nampak kilat dalam jangka masa yang lama, nampak macam baru epas keluar kedai ha.

Ini ada beberapa cara yang anda boleh ikuti:

 

1. Jangan tinggalkan kesan taik buruk terlalu lama

Bila dah parking kereta di tempat yang tak berbumbung, mesti sekejap je tahu-tahu kereta dah kena tahi burung. Sekiranya kereta anda terkena tahi burung, terus basahkan menggunakan air, tanpa sabun pun takpe asalkan terus cuci.

 

Sekiranya anda biarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan cat kereta anda calar atau hilang semasa nak cuci, kerana tahi burung tu boleh mengeras dan mempunyai asid.

2. Polish & wax kereta setiap bulan

 

Kalau nak bagi cat kereta nampak cantik dan berkilat macam baru lepas keluar kilang, kena buat sedikit investment la. Kalau boleh dan mampu polish dan wax lah kereta pada setiap bulan.

 

Ia boleh membuatkan cat pada tayar kereta sentiasa berkilat dan nampak lebih smooth, kalau ada macam tercalar sana sini yang tak major tu boleh lah hilang sikit. Letak wax ni lebih kurang macam kita pakai sunscreen, kita macam tambah  a layer of protection pada cat kereta dan akan buat kereta nampak glossy gittew.

 

3. Cuci kereta selepas kena hujan supaya kereta sentiasa berkilat

 

Orang ramai mesti suka bila hujan kan, sebab katanya boleh cuci kekotoran dekat kereta. Tetapi sebenarnya air hujan lah yang boleh rosakkan cat kereta lagi teruk daripada nak bantu hilang kekotoran tu.

 

Salah satu cara penting adalah setiap kali lepas hujan, cepat-cepat bila kereta guna air yang bersih. Lebih bagus kalau korang cuci dengan sabun.  Air hujan mengandungi asid yang sebenarnya mampu merosakkan cat kenderaan anda sekiranya kereta anda terdedah kepada air hujan secara berlebihan.

 

4. Parking di tempat yang redup supaya kereta sentiasa berkilat

 

Ada sesetengah orang memang tak suka parking di tempat yang tidak berbumbung, sebab risau cat kereta rosak dan pudar. Sebenarnya ya betul yang cuaca juga menjadi punca utama kerosakan cat kereta anda lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia ni sekejap panas terik sekejap hujan lebat.

 

Cahaya matahari kan mempunyai UV Ray, UV Ray tersebut tu la yang boleh mengoksidakan permukaan cat kereta anda.

Lama-lama cat anda boleh menjadi pudar dan nampak kusam.

 

Kalau ada peluang untuk parking kereta sila cari tempat yang mempunyai bumbung. Kalau anda parking terlalu lama di bawah matahari ia boleh menyebabkan cat anda rosak.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.