Kemalangan jalan raya ni tiada siapa pun boleh duga ini cara untuk tuntut ganti rugi sekiranya dilanggar kenderaan lain. Kadangkala kesilapan tu datang daripada pemandu lain. Walaupun kita dah memandu dalam keadaan yang cermat dan selamat tidak semestinya kereta kita tidak ada kemungkinan bakal dilanggar oleh kenderaan lain kan?

 

Lagi parah sekiranya kemalangan itu menyebabkan antara motosikal dan lori. Masa tu memang dah tak fikir apa, ajal dan maut memang di tangan tuhan je. Memang menangis tak berlagu lah sekiranya kenderaan kita sendiri remuk dan hancur apabila berlaku kemalangan jalan raya.

 

Memang kemalangan jalan raya boleh berlau pada bila-bila masa sahaja walaupun diri kita sendiri dah pandu dengan cermat. Tetapi ni bukan tiket untuk anda berhenti memandu dengan berhati-hati ya. Nak tak nak kita memang kena ambil langkah berjaga-jaga.

 

Cuba bayangkan yang melanggar kenderaan korang ni taka da insurans, ha duit pun taka da. Jadi macam mana dia nak bayar ganti rugi kan? Baca artikel penuh di bawah untuk anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

 

1.     Tuntut ganti rugi melalui MIB

 

 

Mesti ramai tak tahu yang sekiranya kenderaan yang melanggar anda itu tidak mempunyai insurans, sebenarnya anda boleh tuntut melalui Motor Insurers Bureau West Malaysia (MIB).

 

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  • Hantar tuntutan ganti rugi pada MIB dan lantik peguam bagi pihak anda.
  • Sertakan sekali no plat kenderaan yang melanggar anda. Tuntutan akan menjadi tidak sah sekiranya tidak mempunyai no plat.
  • Tuntutan di hantar dalam tempoh 3 hari daripada tarikh kemalangan berlaku.
  • MIB akan bayar ganti rugi terhadapa kemalangan pada diri sendiri dan bukan harta benda.

2. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menuntut ganti rugi pada MIB

  • Surat rasmi tuntutan ganti rugi dan details kemalangan tersebut.
  • Laporan polis
  • Laporan polis daripada saksi
  • Laporan kesihatan

 

Sekiranya tidak ada masa untuk pergi ke pejabat MIB, boleh hantar dokumen tersebut di alamat

Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur (03-2274 7395)

Kebiasaannya jumlah pampasan yang anda akan dapat bergantung pada kes anda, tetapi selalunya tidak lah sebanyak yang anda akan dapat daripada insurans.

Tetapi lebih bagus ada daripada tak ada betul kan?

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.