Baru-baru ini negara kita telah dilanda banjir yang cukup teruk dan memusnahkan pelbagai benda termasuk rumah, kenderaan, jalan raya dan pelbagai lagi. Paling perit apabila kena overhaul motorsikal atau kereta. Betapa remuknya hati mangsa-mangsa banjir kerana perkara ini sangat tidak diduga dan berlaku dalam sekelip mata. Terutamanya untuk orang yang tinggal di kawasan Selangor, selepas beberapa tahun ini kali pertama mereka menghadapi dugaan seberat ini.

 

Ramai yang terkandas dan terpaksa berlapar hampir dua hari kerana menunggu bantuan yang lambat sampai, ye lah sebab pihak tertentu pun mungkin tak boleh nak reach out mereka memandangkan bekalan elektrik terputus dan telefon bimbit mereka sudah kehabisan bateri. Setakat ni pihak penyelamat telah menjumpuai beberapa mayat yang meninggal dunia akibat lemas daripada banjir ini. 

 

 

Banyak kenderaan yang rosak akibat banjir begitu juga dengan motorsikal. Biasanya kalau kenderaan dah ditenggelami banjir, option orang ramai adalah dengan melakukan overhaul. Tetapi sebelum korang buat overhaul motorsikal mungkin boleh cuba beberapa cara di bawah ini. Mungkin berkesan untuk sesetengah motorsikal. Tetapi perlu pastikan korang perlu buat perkara ini selepas air dah surut sahaja ye sebab taknak mengancam keselamatan sesiapa.

 

1.  Cabut Bateri

 

Setiap kenderaan pasti ada jenis bateri yang tersendiri. Jadi untuk motorsikal, sekiranya ia sudah ditenggelami banjir jangan sesekali terus menghidupkan enjin tersebut. Cabut bateri motorsikal anda terlebih dahulu.

 

Tujuan cabut bateri motorsikal ini adalah untuk mengelakkan daripada sistem elektrik anda rosak dan mengelami sebarang masalah terutamanya yang menggunakan ECU.

 

2. Jangan Hidupkan Enjin

 

 

njin motorsikal tidak disarankan untuk dihidupkan selepas ditenggelami banjir adalah disebabkan pada bahagian enjin motor itu telah dimasuki air yang banyak. Jadi, sekiranya anda hidupkan enjin, nanti ia boleh membuatkan kerosakan yang lebih teruk. 

 

Risau air tersebut masuk ke tempat yang berbahaya seperti ekzos, sistem elektrik, sistem brek dan lain-lain.

 

3. Tanggal Spark Plug

 

Korang tahu kan di mana kedudukan spark plug? Jadi tanggalkan spark plug pada motorsikal anda, ia adalah untuk mengelakkan spark plug tersebut daripada berlakunya kakisan. Sekiranya lumpuh dah masuk ke bahagian spark plug apabila ia sudah kering, nanti spark plug tersebut akan susah nak cabut dan melekat.

 

4. Hantar Bengkel

 

Sebelum hantar ke bengkel, anda boleh periksa motorsikal untuk kali terakhir. Pastikan semua air yang ada pada setiap bahagian motorsikal tersebut telang dibuang. Kalau boleh cuci dan bila dengan menggunakan air bersih. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lumpur tersebut mengeras, nanti lagi susah nak tanggal.

 

Boleh la hantar motorsikal ke bengkel sekiranya keadaan sudah kembali pulih untuk periksa dan baiki komponen dalaman. Pada saat ini, anda masih lagi tidak dibenarkan untuk menghidupkan enjin motorsikal tersebut. Sebaiknya boleh gunakan lori dan trak untuk membawa motorsikal. Boleh bincang dengan mekanik diagnosis apa yang korang perlu buat.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.