Bila memandu semasa hujan atau pun semasa menuruni bukit salah satu benda yang semua orang takut kan adalah jika brek kereta tak makan atau pun brek kereta hilang kawalan. Brek kenderaan ini merupakan komponen paling penting dalam kenderaan, kalau tak ada brek kereta nyawa kita pun boleh terancam bila-bila masa sahaja.

 

Fungsi brek pada setiap kenderaan ini adalah untuk mengawal, memberhentikan dan memperlahankan kenderaan sekiranya perlu. Bila brek kereta gagal dikawal ni lah yang boleh menyebabkan kereta anda meluncur di atas jalan raya.

Sekiranya brek kenderaan anda hilang kawalan, ini ada beberapa langkah keselamatan yang anda perlu lakukan:

 

 

1. Jangan Panik

Sekiranya anda rasa brake kenderaan rasa macam tak cukup makan, jangan sesekali panik kerana ia akan buat penumpang lain rasa takut. Sebaliknya, cuba sebaik mungkin untuk mengawal kelajuan kenderaan.

 

2. Guna Handbrake

Sekiranya brek kaki tak boleh digunakan dan hilang kawalan, cara seterusnya yang mungkin berhasil adalah gunakan brek tangan. Tarik hand brake dalam keadaan yang tenang, jangan tergesa-gesa dan selepas itu boleh turun kan gear satu per satu.

 

2. Jangan matikan enjin kereta

Sekiranya anda matikan enjin kereta secara mengejut, anda akan menyebabkan kereta lagi hilang kawalan dan terbabas ke arah lain. Ia bukan sahaja mengancam keselamatan anda, tetapi juga mengancam keselamatan kenderaan lain.

3. Jangan Tukar Gear

Selalunya kereta hilang kawalan ini terjadi apabila anda memandu dalam keadaan yang merbahaya dan laju. Jadi, untuk tukar gear daripada gear 4 ke gear 1, jadi anda perlu tukar perlahan-lahan untuk turunkan gear tersebut.

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kereta Hilang Kawalan!

  1. Angkat kaki daripada pedal minyak.
  2. Buka lampu kecemasan yang ada simbol segi tiga.
  3. Walaupun brek kereta tak makan, kalau boleh tekan brek sekuat hati sebab kenderaan zaman sekarang ni dah ada sistem dual braking yang boleh kawal kereta bahagian depan dan juga belakang.
  4. Guna handbrake untuk kawal kereta. Tarik handbrake dengan sebaik mungkin untuk mengelak kereta daripada terbabas jauh. Handbrake ini sebenarnya boleh dapat mengawal untuk memperlahankan kenderaan.
  5. Memandu hala ke divider. Sekiranya anda memandu di atas lebuh raya, boleh lalu di bahagian divider untuk memperlahankan sedikit kenderaan. Situasi ini hanya boleh digunakan sekiranya ia betul-betul terdesak.
  6. Bawa kereta ke kawasan selamat, sekiranya kenderaan anda seperti boleh dikawal. Perlahan-lahan bawa kereta ke kawasan yang lebih selamat untuk keselamatan nyawa anda dan juga orang lain.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.