Korang jenis memilih tempat untuk parking kereta atau pun tidak? Bila dah masuk hujung tahun, macam biasa lah negara kita mesti akan mengalami musim tengkujuh. Sekarang ni bukannya setiap minggu je hujan malah boleh dikatakan setiap hari jugak lah hujan turun. Tak kira pagi, petang atau pun malam. Bila cuaca macam ni boleh dikatakan sangat berbahaya untuk orang yang memandu di jalan raya samada motorsikal, basikal, kereta atau pun lori.

 

Setiap tahun kalau anda tengok di media sosial dan berita di televisyen mesti ada kes banjir. Bukan kes banjir yang biasa-biasa tetapi kes yang boleh meragut nyawa orang dan memusnahkan kawasan tempat tinggal. Habis kereta dan rumah hanyut di bawa air.

 

Tahun ni sahaja dah banyak kes air pasang, lagi-lagi sekarang ni musim hiking kan. Kalau korang hiking dah nampak hujan dah semakin lebat, better berhati-hati kalau boleh cepat-cepat turun atau pun terus berlindung di kawasan yang selamat. Jangan lah menggadaikan nyawa anda atau pun nak tunjuk berani, semua tu sia-sia sahaja.

 

 

Kawasan banjir yang selalu kritikal pada belah pantai timur. Di sana setiap tahun boleh dikatakan mereka menghadapi ujian sebegini. Kereta memang tak boleh nak diselamatkan dah.

 Hujan lebat ni bukan sahaja boleh menyebabkan di kawasan tersebut banjir, tetapi boleh mengakibatkan tanah runtuh atau pun pokok tumbang. Kalau pokok kecil takpe masih lagi boleh diselamatkan ni, ni pokok yang dah beratus tahun tumbang terkena kereta. Memang tak boleh nak diselamatkan dah nyawa pemandu tersebut.

 

Jadi pada musim hujan ini, kalau boleh elakkan lah daripada anda parking kereta di tempat yang bersiko tinggi. Bukan sahaja boleh risiko kan nyawa anda malah kereta anda juga. Di bawah ni, kami akan kongsikan beberapa tempat yang anda boleh elak untuk parking buat sementara waktu ketika musim hujan.

1. Lereng Bukit

 

Lereng bukit ni adalah di kawasan yang betul-betul berada di area tepi-tepi bukit. Banyak je perumahan yang berada di kawasan lereng bukit. Ia sebenarnya memang agak berbahaya tetapi ada orang suka sekiranya rumah mereka berada di bukit. Mungkin mereka nak ada view yang cantik dari rumah tersebut.

 

Tetapi sekiranya waktu hujan, dan kereta anda parking di kawasan lereng bukit, seeloknya untuk anda mengalihkan kereta ke tempat yang lebih selamat dan bukan di lereng bukit kerana tanah di lereng bukit ini tidak terlalu kuat, dan sekiranya air hujan yang deras melalui kawasan lereng bukit tersebut berkemungkinan boleh terjadi tanah runtuh.

 

Sekiranya tanah runtuh pakej dengan hujan lebat, nanti memang susah lah nak selamatkan kereta anda. Kalau tak hanyut dibawa air hujan, mesti kereta tu akan mengalami kerosakan yang teruk. Jadi selagi boleh elak, elakkan lah. Sentiasa peka dengan cuaca harian.

2. Kawasan terlalu rendah

Kawasan rendah sekiranya pada musim hujan lebat memang ada risiko yang tinggu untuk terdedah dengan banjir kilat. Lagi-lagi tengah msuim hujan sekarang ni, dalam beberapa minit sahaj pasti cepat je air boleh naik.

Kalau kereta jenis 4WD boleh la lagi redah dan dapat diselamatkan, tetapi kalau kereta rendah dan kecil sekiranya air masuk bahagia dalam kenderaan nanti kereta akan rosak

 

Nak hantar pergi kedai untuk repair dah satu hal pulak. Kalau boleh parking kereta di kawasan yang rata dan tidak terlalu rendah, sekiranya anda mendapati atas kawasan itu terdapat bukit, maka parking la sedikit dia tempat yang rata dan selamat.

Jangan buat main dengan banjir kilat ya, apa-apa sahaja yang kita tidak ingini boleh berlaku dalam sekelip mata. Jadi jika sayangkan kenderaan anda maka, berjaga-jaga lah.

3. Pantai & Sungai

Pantai dan sungai ni lah antara kawasan yang paling bahaya dan ta selamat sekiranya anda mahu parking kereta disini. Ia lagi terdedah dengan banjir kilat, ribut dan juga air pasang. Sekiranya anda nampak air pasang, bukan sahaja pokok-pokok yang besar tu je boleh hanyut, tetapi semua kenderaan, rumah dan nyawa pun boleh hilang.

 

Sekiranya air pasang di kawasan pantai atau sungai ni dia boleh hanyutkan kereta anda walaupun sudah lebih 100 meter. Ha bahaya kan? Jadi pada musim sekarang kalau boleh jangan pergi ke kawasan pantai, laut atau pun sungai sekiranya anda masih sayangkan nyawa dan kenderaan.

4. Bawah pokok

ekiranya hujan lebat pasti lah ada pakej sekali dengan angin yang kencang kan. Lagi menakutkan sekiranya anda duduk dalam kereta, yang berada di bawah pokok yang berkemungkinan pokok tersebut tumbang.

 

Bukan sahaja dahan pokok tu boleh patah malah, batang pokok sehingga ke akar tu pun boleh tumbang dan hempap sesiapa sahaja. Biasanya kita tengok di kawasan dalam raya, habis kereta kemek dan cermin pecah. Lagi memilukan hati apabila pemandu kenderaan tersebut di dapat diselamatkan.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.