Jangan sesekali ambil mudah tentang barang-barang yang anda simpan dalam kereta. Walaupun anda kereta bujang atau ada keretas sebesar mana sekali pun, anda perlu titikberatkan tentang keselamat nyawa dan juga kereta.

Jangan la buat kereta tu betul-betul macam second house korang, selagi ada ruang selagi tu lah nak sumbat macam-macam. Kalau boleh sumbat mesin basuh mungkin korang dah sumbat sekali tu.

Seperti yang kita tahu, kereta ni memang pengagkutan utama untuk pergi kemana-mana. Kalau tak ada kereta memang tak kemana lah korang memandangkan masih ramai rakyat di Malaysia ini tak bergantung pada public transport.

 

 

Bukan tak boleh nak simpan barang di dalam kereta, boleh sahaja tetapi kena tahu la samada barang tersebut betul selamat atau pun tidak untuk disimpan. Ini ada 10 barang yang HARAM untuk disimpan.

Telefon

 

Apa-apa jenis barang elektronik memang tidak dibenarkan untuk disimpan. Bukan setakat telefon akan dirompak tetapi cuaca panas di luar boleh merosakkan telefon bimbit anda. Banyak kes juga dah berlaku yang menyebabkan kereta terbakar.

Botol Plastik

 

 

Memandangkan plastik diperbuat daripada bahan petroleum, ia berpontensi untuk membuatkan

bahan yang merbahaya dalam botol plastik meresap ke dalam air sekiranya disimpankan di dalam cuaca yang terlalu panas.

 

Ubat-ubatan

Seperti yang anda tahu ubat perlu di simpan di dalam suhu bilik atau pun di dalam peti sejuk sahaja. Ubat tidak boleh disimpan pada cuaca yang panas kerana ia dapat mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan.

Lighter (Pemetik Api)

 

 

Di dalam lighter ia mempunyai satu cecair yang boleh menyebabkan ia untuk mudah terbakar.

Nampak sahaja lighter itu bersaiz kecil tetapi potensi untuk ia menyebabkan kebakaran yang teruk sangat lah besar.

Minyak Wangi Barang Terlarang Simpan Dalam Kereta

 

 

Minyak wangi kalau yang terbaiknya adalah anda kena simpan dalam suhu bilik dan jauh daripada matahari. Sekiranya korang jenis simpan minyak wangi dalam kereta dengan cuaca yang panas sebenarnya Ia boleh buat bau minyak wangi tersebut berubah.

Lipstik

 

 

Lipstik ni lah yang selalunya perempuan tinggal dalam kereta kan? Kalau taknak lipstik korang cair

begitu saja, lebih baik la jangan sesekali simpan dalam kereta. Nanti tak pasal-pasal habis duit kena beli lipstik baru.

Dokumen penting

 

 

Walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting ya untuk tak letak dokumen atau surat di dalam kereta. Kalau perompak atau pencuri nampak mungkin dia boleh gunakan data di dalam surat dan dokumen tersebut untuk buat perkara yang tak baik pada anda.

CD & DVD

 

 

CD dan DVD ni benda yang paling fragile dan perlu di jaga dengan baik. Kalau benda tersebut

terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama, ia boleh menyebabkan CD dan DVD tersebut

melengkung dan tidak boleh digunakan lagi.

Spek Mata

 

 

Tahu tak kalau anda simpan spek mata di dalam kereta ia boleh menyebabkan spek dan cermin mata tersebut mengalami perubahan saiz. Mungkin bila anda pakai spek tersebut akan rasa longgar sedikit selepas disimpan atau terjemur di bawah cuaca yang panas terlalu lama.

 

Penyembur Rambut (Hair Spray)

 

Tak kisah penyembur rambut atau segala jenis sekali pun yang berasa di dalam bekas besi jangan sesekali simpan di dalam kereta kerana ia boleh menyebabkan tin penyembur tersebut meletup dan terbakar.

Itu adalah sebahagian barang-barang yang anda tidak dibenarkan simpan di dalam kereta dalam tempoh jangka masa yang lama.

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.