Pernah tak korang di luar sana mengalami enjin overheat? Biasanya terjadi pada kereta lama atau pun kereta tu dah lama tak pergi servis. Korang mesti pernah nampak kan tiba-tiba ada kereta berhenti tengah jalan sebab kereta berasap. Ha itu lah salah satu contoh kereta yang over heat. Masalah enjin kereta overheat ni biasanya punca daripada cooling system dekat enjin tu rosak dan tidak berfungsi.

 

Macam mana nak tahu yang enjin kereta dah overheat? Biasanya bila korang tengok dekat bahagian dashboard tu akan nampak jarum yang tunjuk suhu temperature tu naik. Sekiranya anda nampak jarum tu sudah tunjukkan enjin kereta overheat, pertama sekali jangan panik kalau boleh parking di tepi jalan yang selamat, dan pasang lampu kecemasan supaya orang ramai aware yang kereta anda ada masalah dan memerlukan bantuan.

 

 

Jangan terus berhenti di tengah-tengah jalan. Tetapi sekiranya kereta anda memang tiba-tiba saja berhenti di tengah jalan, boleh buka bonet kereta atau buka lampu kecemasan. Pastikan anda tidak duduk di dalam kereta kerana ia amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan nyawa anda.

 

Faktor Enjin Kereta Overheat

  •  Coolant kering
  •  Radiator bocor atau tersumbat
  •  Core plugs rosak
  •  Laluan air (coolant) dalam enjin tersumbat
  •  Tiada air di dalam radiator
  •  Drive belt rosak dan putus
  •  Thermostat bermasalah
  •  Kipas tak jalan (relay terbakar)

 

Apa Perlu Buat Kalau Kereta Overheat?

 

1. Buka bonet

Pertama sekali sekiranya anda mendapati yang kereta dah overheat secara tiba-tiba benda pertama yang ada perlu buat adalah buka bahagian hadapan bonet kereta anda dan lihat apa yang patut.

 

Jadi perlu lihat apa? Anda boleh tengok sama ada kipas kereta berfungsi atau pun tidak. Selain itu, boleh juga tengok air dalam tangki masih ada atau pun tidak. Sekiranya kipas tu tidak berjalan ia berkemungkinan disebabkan oleh motor fan rosak atau pun relay kipas terbakar.

 

Sekiranya anda mahu periksa relay, boleh buka fuse box. Pada bahagian atas belah kanan berdekatan dengan enjin bay tu adalah relay. Boleh lihat gambar di bawah.

2. Jangan Sentuh Cap Radiator

Bila enjin kereta dah overheat ni bahagian bonet hadapan akan menjadi terlalu panas suhunya seolah-olah air mendidih dan boleh mengeluarkan asap keluar daripada enjin kereta anda. Tetapi pastikan diri anda kekal tenang dan jangan panik. Elakkkan dari menyentuh apa-apa bahagian sekali pun selepas anda membukan bonet hadapan.

 

Tempat utama yang anda memang tak boleh sentuh adalah pada bahagian tangki dan cap radiator.Walaupun enjin kereta anda sudah mati biasanya kipas radiator memang akan tetap berpusing kerana dia ada sensor yang bekerja untuk mengeluarkan haba panas.

 

 3. Guna alas untuk buka cap radiator

Setelah keadaan bonet hadapan kereta anda seperti sudah reda dan hampir tenang. Boleh ambil apa-apa untuk alas tangan anda untuk membuka cap radiator. Ini adalah untuk mengelakkan tangan anda daripada melecur kerana risau air panas dalam radiator tu memancut keluar.

 

Jadi, buka perlahan-lahan cap radiator tersebut pastikan tangan dah sudah di alas dengan kain yang tebal dan rasa selamat. Buka perlahan-lahan sahaja, tetapi sekiranya anda dah pastikan memang tak akan ada air yang memancut keluar, boleh buka terus penutup radiator tersebut.

4. Tunggu sejuk & masukkan air

Sebelum masukkan air anda perlu tunggu beberapa minit dahulu untuk biarkan tangki sejuk. Selepas tangki dah mula sejuk, baru anda boleh masukkan air ke dalam tangki. Pastikan anda masukkan air dan bukan coolant okay. Sekiranya anda masukka air semasa ia masih panas boleh menyebabkan cooling system dan enjin kereta anda rosak.

 

5. Segera ke bengkel berdekatan

Selepas selesai buat step di atas anda boleh mulakan perjalanan anda seperti biasa. Tetapi elakkan untuk teruskan perjalanan yang jauh kerana berkemungkinan enjin tu boleh overheat kembali.

 

Jadi, anda disarankan untuk terus pergi ke bengkel berdekatan. Tetapi sekiranya bengkel masih jauh, dan kereta anda overheat kembali, boleh repeat step tersebut atau pun terus panggil orang untuk towing.