Sekiranya kereta terbabas masuk sungai, ini ada beberapa langkah keselamatann untuk elak lemas. Memandangkan sekarang musim hujan, pasti ada sesetengah tempat yang terkesan dengan bencana alam seperti banjir.

Ada sesetengah keluarga yang terpaksa duduk sementara di pusat perlindungan banjir disebabkan rumah mereka musnah dan ditenggelami air.

Banjir ni sangat berbahaya especially untuk orang yang memandu.

 

Sekiranya anda memandu dalam situasi jalan raya yang licin, penuh lopak air dan banjir.

Pastikan memandu dalam keadaan yang sangat perlahan, atau pun lebih bagus sekiranya anda berhenti memandu buat seketika waktu.

Biar lambat asalkan nyawa anda selamat.

 

Setiap tahun mesti ada kes kereta hanyut disebabkan banjir atau pun kereta terbabas masuk ke tasik dan sungai.

Biasanya ni terjadi akibat sikap pemandu tu sendiri yang cuai atau pun nak tunjuk berani untuk redah air.

 Tak perlu lah buat sebegitu rupa, nyawa anda jugak terancam

 

Tahukah anda sekiranya kereta anda terbabas masuk ke sungai, berkemungkinan kecil untuk anda berjaya selamatkan nyawa sendiri.

Biasanya orang yang berada di dalam kereta akan panik dan tidak tahu nak buat apa.

 

Perkara pertama yang mereka buat biasanya nak buka pintu.

Sekiranya anda mahu membuka pintu semasa kereta sudah hampir tenggelam di dalam sungai, pressure dari luar sangat kuat.

Diri anda sendiri pun tidak akan mampu untuk membukanya.

Memang tak mampu lah korang nak buka pintu kereta tu, sebab tekan air yang tolak pintu kereta anda ialah berat sebanyak 386kg. Ni dah macam berat seekor harimau.

 

Kita nak angkat tong gas pun ada yang tak mampu, ini kan berat 386kg. Fuh.

Jadi macam mana caranya anda nak lepas keluar jugak dari kereta?

Biasanya bahagian depan kereta akan karam dahulu, kerana bahagian depan tersebut ada enjin kereta.

 

Enjin kereta secara umumnya memang berat dan bila telah masuk air, memang ia menjadi salah satu faktor kereta tersebut karam bahagian depan.

 

Tetapi sebagai langkah keselamatan, kami ada sediakan beberapa langkah yang anda perlu buat untuk selamatkan nyawa anda yang berhara itu.

Jom baca untuk informasi yang lebih lanjut.

 

1. Jangan panik

Bertenang jangan panik dan terus kelam kabut untuk buka pintu kereta kerana anda memang tak akan mampu untuk membukanya kerana tekanan air dan angin yang terlalu kuat.

Jangan terus panik cari telefon untuk meminta bantuan, sebaiknya terus cari cara untuk menyelamatkan diri.

Sekiranya anda menghabiskan masa dengan panik untuk menghubungi orang untuk selamatkan diri anda, nanti tahu-tahu kereta anda sudah karam begitu sahaja.

2. Lari ke tempat duduk belakang

Memandangkan enjin kereta berat, maka bahagian hadapan kereta lah yang akan dipenuhi air terlebih dahulu.

Jadi untuk mengelakkan diri anda daripada lemas terus di dalam kereta yang boleh meragut nyawa.

 

Anda perlu terus lari ke tempat duduk berlakang kerana bahagian belakang kereta mengambil masa untuk dipenuhi air.

Jadi, anda akan ada lebih masa untuk menyelamatkan diri.

3. Pecahkan cermin kereta guna ‘headrest’

Berat sangat lah pintu kereta, saya tak kuat nak bukak dan pecah kan tingkap kereta.

Jangan risau, perkara yang anda perlu buat untuk pecahkan tingkap dengan mudah adalah ambil je headrest.

Headrest tu adalah tempat letak kepala di bahagian seat depan.

 

Headrest tu kan boleh dicabut, jadi anda cabut je headrest tu dan kan ada dua besi.

Dua besi tu lah yang akan digunakan untuk memecahkan cermin kereta.

Anda hentakkan besi headrest tu pada cermin tingkap dan ia akan pecah dengan mudah sekali.

 

4. Keluar melalui tingkap kereta

 

Bila je cermin kereta dah dipecahkan, anda perlu cepat-cepat keluar dari kereta, bukan melalui pintu tetapi melalui cermin kereta.

Tarik nafas, dan cuba berenang keluar dengan selamat.

 

Pastikan cermin yang ada pecahkan itu adalah cermin kereta yang pada pintu, dan bukan cermin kereta depan belakang tu.

Cermin kereta depan belakang agak susah untuk pecah berderai kerana ia memang direka sebegitu.

 

Sekiranya tidak tahu nak berenang arah mana boleh ikut arah buih-buih yang ada pada tasik atau sungai tersebut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.