Zaman sekarang mesti dah ramai pakai tag RFID kan? Kalau dah nama highway, nak pergi kemana-mana sahaja pun mesti lah kena bayar tol betul tak?  Ada ke yang orang tak bayar tol, mustahil lah melainkan kalau korang main kotor cucuk kereta depan untuk lepas bayar tol.

 

Kalau korang masih buat perangai macam tu sebaik-baiknya elakkan lah okay! Sejak awal tahun haritu, pihak PLUS ada bagitahu untuk menyarankan semua orang Malaysia untuk mula guna RFID katanya akan lagi mudahkan pengguna jalan raya dan boleh elakkan jam.

 

Kerana RFID boleh detect tol lebih cepat berbanding yang lain contohnya seperti Touch N Go atau pun Smart Tag. Tetapi lain pula jadinya apabila hari pertama orang ramai guna RFID, jalan raya jadi sesak yang luarbiasa. Boleh dikatakan ramai yang terpaksa pergi kerja lambat oleh kerana RFID buat hal. Orang ramai complaint yang RFID yang mereka guna tu tak boleh detect tol.

 

 

Tetapi baru-baru ni ada seorang pengguna RFID ni dia meletakkan RFID di tempat yang lain daripada lain. Ada orang yang letak di lampu kereta atau cermin hadapan. Tetapi lelaki ni, dia meletakkan di belakang nombor plat keretanya. Memang nampak gigih lah jugak sebab sanggup buka plat kereta semata-mata nak letak pelekat RFID.

 

Tetapi caranya itu berhasil, dia pergi ke semua tempat yang ada Tol RFID dan memang lepas lah. Tak ada pun yang dia tersekat dekat mana-mana tol.

 

 

Untuk sesiapa yang baru nak guna RFID, mungkin korang boleh cuba cara yang ini mana lah tahu lebih berkesan dan akan lagi mudahkan kerja korang.

Boleh tekan link ni untuk tengok video yang telah dikongsikan oleh abang tu.