Kalau nak beli kereta secondhand korang kena take note beberapa info di dalam artiekl kali ini. Perasan tak bila tiba musim hujan lebat atau banjir, musim tu adalaha di antara musim yang amat menyukarkan bagi pihak yang mempunyai kenderaan. Kerana mereka sendiri pun tak boleh jangka apa yang akan terjadi pada kereta mereka dan berapa kos yang perlu dibaiki.

 

Tak perlu cakap pasal banjir lah, kalau musim hujan lebat ada sesetengah tempat kan mula naik air di atas jalan raya. Mesti anda nampak ada kereta yang boleh redah je air tu ada kereta yang tersangkut di tengah-tengah jalan raya.

 

Antara kereta yang boleh redah air mesti lah kereta jenis 4×4 macam hilux tu, dapatnya kereta jenis kancil atau kelisa yang lalu tengah-tengah air itu mesti sangkut punya dan enjin mati.

 

Disebabkan itu lah orang ramai selalu nasihatkan sekiranya anda nampak kelopak air yang besar atau pun dah nampak di kawasan jalan raya tersebut air dah mula naik. Seeloknya anda berhenti je lah kereta di tepi jalan. Lebih baik anda berhenti di tepi jalan dan ambil masa sedikit daripada kereta anda rosak disebabkan air sudah masuk ke dalam kereta.

 

Bercakap pasal kereta lah kan, dekat sini ada tak peminat kereta terpakai? Jenis suka beli kereta secondhand, sebab ye lah kereta second hand ni harga lebih murah. Ada sesetengah orang jenis malas nak berhutang beli kereta baru, jadi disebabkan itu lah diorang beli kereta second hand sebab mampu untuk bayar cash.

 

Tetapi apa yang lecehnya kereta second hand ni sebab anda masih tidak tahu macam mana owner yang sebelum ni jaga kereta. jadi keadaan kereta tersebut tu anda sendiri pun tak tahu. Boleh jadi juga yang owner sebelum ni tak bagitahu tarikh bila tarikh yang sebenar dia dah guna kereta tu.

 

Sebelum nak beli kereta secondhand ni anda perlu titik beratkan pelbagai perkara kerana kereta ni salah satu pengangkutan yang anda akan pakai lama. Bukannya nak pakai sehari atau dua hari. Jadi, salah satu perkara yang anda perlu elakkan adalah, elak untuk membeli kereta secondhand yang rosak akibat banjir. Jadi, rasa-rasa macam mana nak kenalpasti kereta tu rosak sebab banjir?

 

Tanda Kereta Rosak Akibat Banjir

 

1. Bau Busuk & Berkulat

 

Senang je nak detect kalau kereta second hand tu, kereta yang dah pernah kena banjir. Cara mudahnya adalah anda boleh periksa dengan hidung dan mata sahaja. Bila anda masuk je kereta pasti anda boleh bau yang tidak senang, seolah-olah bau hapak atau pun bau lembab.

 

Kereta yang telah rosak akibat banjir ni sudah pasti kereta tersebut memang dah ditenggelami air. Walaupun owner dah cuci dan keringkan kereta tersebut namun untuk menghilangkan baunya memang amat susah kerana ia bercampur dengan kulat.

 

Anda boleh tengok pasa seat kereta tersebut, mesti ada kesan putih-putih akibat kulat. Kulat ini agak susah untuk dihilangkan melainkan owner tersebut memang buat deep clean atau pun terus tukar seat dalam kereta tersebut. Jadi lah pembeli yang bijak ya.

 

2. Hakisan atau Karat

Bila permukaan besi terkena air dalam pada tempoh yang agak lama biasanya ia akan menyebabkan hakisan. Hakisan ni terjadi dalam proses udara dan air. Bila sesuatu permukaan tu terkena air dan lembab lama kelamaan ia akan menjadi karat.

 

Lebih kurang skru atau gunting besi yang basah, bila lama-lama ia akan karat dan terhakis. Lama-lama besi tu pun boleh reput.

 

Jadi untuk periksa samada kereta rosak akibat banjir boleh periksa pada celah pintu yang berskru. Periksa sama terdapat karat dan juga hakisan cat. Periksa juga bahagian pada bawah seat kereta ambil cermin kereta dan suluh sedikit lampu. Tengok samaada spring tersebut sudah terdapat karat atau pun tak. Bukan itu sahaja bahagian enjin dan bonet kereta juga perlu diperiksa.

 

3. Test Drive Kereta Secondhand

Kereta atau pun segala jenis pengangkutan dan kenderaan pasti ada sistem elektrik yang tersendiri sebagai contoh litar untuk lampu, elektrik dan enjin. Bila sistem elektrik rosak atau pun tidak pernah dibaiki langsung.

 

Jangan lah anda berani untuk pandu kenderaan tersebut kerana sudah sah-sah lah ia boleh menyebabkan perkara buruk terjadi kepada penumpang dan pemandu kenderaan tersebut. Memang boleh mengancam nyawa dan keselamatan anda.

 

Sebaiknya sebelum anda bercadang untuk membeli kereta second hand pastikan anda periksa wayar sistem elektrik pada bahagian bawah dashboard dan secara perlahan bengkokkan wayar itu untuk periksa sama ada ia rapuh atau pun tidak.

 

Sekiranya wayar tersebut rapuh maka ia berkemungkinan kereta tersebut dah terendam di dalam banjir dalam masa yang terlalu lama. Semasa enjin kereta dah dihidupkan pun anda perlu alert, pasangkan mata, telinga dan hidung untuk menghidu bau atau terdengar sebrang bunyi yang pelik.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.