Korang nak tak tips kereta sentiasa berkilat? Perasan tak selalunya kalau kereta kita dah lama tak bergerak pun cepat je kereta tu berhabuk dan mula lah nampak kusam? Lagi-lagi sekarang ni kes Covid dah semakin meningkat dan mesti ramai yang dah mula work from home kan.

 

Bila dah work from home nit ahu-tahu lah memang cepat je lah kereta berhabuk. Kalau korang mungkin tak ada masa nak keluar rumah semata-mata cuci kereta, boleh je cuci kereta di rumah.

 

Siapa kata kalau cuci di rumah kereta tak boleh nampak berkilat macam kereta baru keluar carwash? Boleh je tapi yang penting korang kena gunakan teknik yang betul!

 

 

Langkah 1

Pertama sekali bahan yang anda perlukan untuk mencuci kereta mesti la pencuci atau sabun supaya kereta sentiasa berkilat.

Kalau boleh gunakan sabun pencuci yang memang khas untuk mencuci kereta ya untuk mengelakkan daripada cat kereta tu rosak.

Jangan sesekali guna pencuci pinggan atau pun klorok seab nak bersihakn kereta keran kedua-dua pencuci tersebut mempunyai bahan yang menghakis dan boleh membuatkan cat kereta terus rosak.

Langkah 2

Kain yang anda boleh gunakan untuk pastikan cat kereta tidak rosak adalah kain seperti mikrofibre kerana kain jenis ni agak lembut dan akan mudahkan kerja anda untuk mencuci seluruh bahagian kereta termasuk lah tingkap dan juga bumbung kereta.

Kotoran degil pun akan mudah ditanggalkan sekiranya anda guna kain jenis microfiber.

Langkah 3

Bilas kereta sebanyak system dua kali. Kali pertama anda boleh bilaskan kereta menggunakan air basuhan yang mempunya sabun tu, dan kali kedua pula boleh menggunakan baldi yang berisi air bersih supaya kotorang lebih mudah ditanggalkan.

 

Langkah 4

Double check keseluruhan permukaan kereta supaya tiada lagi sisa sabun yang tinggal.

Sekiranya mempunyai sabun yang melekat pada kereta, ia boleh menyebabkan kesan sabun melekat pada cat kereta.

Bilas cepat-cepat seluruh permukaan yang mempunyai sabun dan baru lah bilas bahagian tayar dan juga rim kereta.

Langkah 5

Bersihkan rim dan juga tayar kereta anda menggunakan berus yang bersesuaian.

Kebiasaannya bahagian dalam rim akan mempunya banyak kesan hitam, jadi apa yang anda perlu buat adalah menyental bahagian tersebut sehingga ia betul- betul bersih.

Langkah 6

Untuk mengeringkan kereta pula anda perlua menggunakan kain microfiber juga.

Cara pertama adalah basahkan sedikit kain microfiber tu dan lap keseluruhan permukaan kereta, dan seterusnya baru lap menggunakan kain microfiber yang kering.

Ulang proses ni sehingga kereta betul-betul kering.

Langkah 7

Untuk cermin lap juga menggunakan kain microfiber yang masih belum digunakan untuk mengelakkan cermin kereta anda daripada tercalar.

Lalu lap kan juga pada celah side mirror, tingkap dan juga pada celah bawah pintu.

Langkah 8

Lepas dah settle cuci kereta baru lah anda boleh vakum kereta.

Vakum sehingga bersih dan juga jangan lupa untuk vakum pada celah-celah bahagian yang kecil.

Buang kesemua sampah di dalam kereta tersebut sekiranya ada.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.