Siapa yang ada kenderaan je faham betapa mahalnya kalau kerosakan kereta tu melibatkan gearbox kereta. Harga dia beb bukan kaleng-kaleng. Untuk orang yang memang berkemampuan mungkin bagi mereka kerosakan melibatkan gearbox ni tak ada apa sangat, tetapi untuk kita yang duit ni memang cukup makan memang fikir dua tiga kali lah nak pergi hantar kereta nak repair gearbox tu.

 

Masalah gearbox ni memang masalah yang biasa kita dengar dan memang menyusahkan pemandu lagi-lagi apabila gear tersebut menjadi tidak terkawal dan dengan sendirinya ia akan bertukar begitu sahaja. Masalah gearbox ni bukan je akan dialami oleh pengguna kereta auto, malah untuk kereta jenis manual juga akan mengalami masalah gearbox.

 

Gearbox yang tidak terkawal ini biasa berlaku diantara gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2, untuk gear manual. Manakala untuk gear kereta auto pula biasa terjadi dari gear 4 ke 3.

 

Untuk korang yang masih tak tahu apa perbezaan gear auto dan manual ni, untuk gear auto penjimatan minyak lebih banyak berbanding dengan gear manual, kerana kerja-kerja teknikal telah dijalankan oleh gearbox. Untuk kereta manual pula, kerja-kerja teknikal dijalankan oleh pemandu tu sendiri. Begits juga dengan brek kereta, brek kereta untuk kereta auto lebih berkesan berbanding kereta manual, kerana brek kereta auto akan menghantar isyarat untuk gerakkan gear menjadi brek.

 

Tanda-Tanda Gearbox Rosak

 

1. Terdapat freeplay pada ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada daripada gear 2 ke 1 atau pun 1 ke 2.

2. Gear susah nak masuk. Keadaan sebegini biasanya terjadi pada gear kereta manual.

3. Terdapat sentakan yang kuat pada gear kereta tersebut contohnya daripada gear N ke D atau daripada P ke D.

4. Kereta anda akan mengeluarkan bunyi yang kuat setiap kali berlaku pertukara gear.

5. Mengeluarkan bunyi hentakan setiap kali gear auto bertukar.

6. RPM yang jadi tinggi tidak kembali seperti asal.

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

 

Punca Gearbox Kereta Rosak

 

Kalau anda nak tahu sebenarnya gearbox kereta anda boleh rosak itu berpunca daripada sikap pemandu kenderaan tersebut. Maksunya, salah diri sendiri. Bila gearbox dah rosak mula lah garu kepala, fikirkan kos perbelanjaan untuk membayar baikpulih gearbox tu.

 

Beberapa punca yang boleh menyebabkan gearbox kereta anda rosak. Antaranya:

1. Gear N semasa berhenti di lampu isyarat

 

Rasa-rasanya majoriti daripada kita semua banyak melakukan perkara ni. Asal berhenti di lampu isyarat je mula lah hanya gunakan gear N. Habit ini sangat teruk, kerana ia berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac dan merosakkan fungsi bahagian mekanikal tersebut.

 

Sesetengah orang pula berpendapat bahawa sekiranya menukar gear N semasa berhenti di lampu isyarat, ia mampu menjimatkan minyak. Tetapi hakikatnya, ia tidak dapat menjimatkan minyak sebagaimana yang orang ramai fikirkan.

 

2. Membawa kereta dengan laju dalam gear N

 

Ini juga menjadi punca besar iaitu apabila anda drift di dalam gear N kerana ia akan merosakkan gearbox kenderaan. Sekiranya anda menukar gear selepas tekan enjin, anda seolah-olah menambahkan tekanan terhadap gelung transmisi.

 

Anda sepatutnya biarkan sahaja kereta anda di dalam gear D. Letakkan satu kaki pada brek dan lagi satu kereta pada pedal minyak. Tetapi cara ini tidak valid sekiranya anda melakukan dalam situasi yang terlalu lama kerana ia boleh merosakkan transmisi. Lalu, angkat kaki daripada brek untuk membuatkan kereta anda melonjak dan mendapatkan pecutan yang anda mahu.

 

3. Turun Bukit Menggunakan Gear N

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa sekiranya turun bukit menggunakan gear N, ia dapat mengurangkan penggunaan bahap api tetapi hakikatnya tidak. Bila dah turun bukit biasanya orang akan malas untuk menekan pedas minyak, jadi disebabkan oleh itu lah mereka biasanya hanya guna gear N.

 

Tetapi penggunaan gear N ketika turun bukit amat berbahaya kerana kereta anda hanya bergantung sepenuhnya pada brek kereta anda. Bukan itu sahaja, ia boleh membuatkan anda hilang fokus kawalan semasa mengendali kereta.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.