Macam biasa setiap tahun setiap pengguna kereta kena renew roadtax, paling mencabar tu bahagian bila nak tanggalkan roadtax kereta. Fuh kalau melekat dekat cermin kereta memang nampak comot terus. Siapa pernah kena macam ni?

 

Kebiasaannya sticker roadtax kereta ini boleh mengecut disebabkan faktor cuaca yang sekejap panas lepas tu hujan. Asyik hujan, panas, hujan dan panas sticker tu memang akan cepat kecut atau mengembang sampai la dia jadi susah untuk ditanggalkan daripada cermin kereta.

 

Jadi, kali ini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tanggalkan roadtax kereta yang sangat mudah tanpa meninggalkan kesan gam sedikit pun pada cermin kereta. Jom baca artikel penuh dibawah:

CARA TANGGAL ROADTAX PADA CERMIN KERETA

1. Rendam kain dengan air panas, sebaiknya guna kain jenis mikrofiber untuk mengelakkan cermin kereta daripada calar

2. Letakkan kain yang panas tadi di bahagian luar cermin, betul-betul di atas roadtax kereta anda.

3. Biarkan dalam 5-10 minit untuk pastikan gam tersebut cair.

4. Selepas 5-10 minit dengan secara perlahan, tanggalkan roadtax anda.

5. Boleh tengok pada cermin kereta, tiada satu kesan gam pun yang tertinggal.

 

Tak perlu dah lepas ni korang nak kikis gam pada cermin kereta, habis calarkan cermin kereta je. Selamat mencuba! Dah cuba jangan lupa Tag BateriHub okay!

Kereta terkandas di tepi jalan dan perlukan bateri baharu? Dapatkan Pemeriksaan, Penghantaran dan Pemasangan PERCUMA dan sila hubungi kami di 1700-81-6081

 

Ikuti Halaman Facebook Page dan Instagram BateriHub untuk maklumat lanjut.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.