Korang mesti selalu makan dalam kereta tapi sudahnya tak tahu macam mana nak halau lipas kan? Asal masuk dalam kereta je mula lah mulut ni rasa nak mengunyah. Memang tak sah lah kalau tak rasa nak mengunyah, nak makan atau minum di dalam kereta. Lagi-lagi bila perjalanan tu jauh. Makan je lah yang boleh kenyangkan perut dan hilangkan bosan sementara sampai tempat yang nak dituju kan.

 

Kalau makan dalam kereta memang taka da masalah, yang menjadi masalahnya tu bila makan tu tapi sisa makanan tu ada tertumpah ke sana sini. Kalau anak kecil makan dalam kerea memang tertumpah sana sini lah makanan tu.

 

Bila makanan tumpah ni lah yang menyebabkan lipas tu tertarik nak beranak-pinak dalam kereta. Kadang-kadang tu bila dah spray guna spray lipas banyak kali pun memang tak mati-mati.

 

Bila spray je keesokan harinya mesti ada je lagi nampak lipas merayap dalam kereta. Ini ada 9 cara yang korang boleh guna untuk hapuskan lipas di dalam kereta!

1. Daun Pandan

 

Daun pandan ni kan sifat dia berbau wangi dan memang kuat lah bau daun pandan ni. Bila bau daun pandan ni terlalu wangi itu lah punca yang menyebabkan lipas tak suka.

Apa yang perlu buat, senang je cuci daun pandan tersebut hiris dan letakkan di dalam bag yang berjaring. Boleh gantungkan je dalam kereta.

 

2. Daun Durian Belanda

Daun durian belanda kalau nak gunakan untuk halau lipas, pastikan daun tu betul-betul kering. Cara dia sama jugak macam daun pandan tadi.

3. Serai Wangi Bunuh & Halau Lipas

 

Perasan tak dekat pasaranya banyak spray serai wangi dan sebenarnya tujuan dia bukan sahaja boleh menghapuskan lipas tetapi boleh mematikan serangga yang lain jugak.

Caranya mudah je rebus atau goreng je serai tu, lepas dah sejuk boleh masukkan di dalam botol. Bila nampak serangga atau lipas, spray kan je.

 

4. Baking Soda

Baking soda ni bukan je boleh halau dan mati kan lipas, tapi memang function untuk kereta sebab boleh serap bau busuk dalam kereta. Taburkan je baking soda atas karpet kereta.

 

5. Glue Trap

Kalau korang pergi DIY atau kedai hardware atau mana-mana kedai sahaja lah mesti akan ada jual glue trap ni, biasanya orang gunakan untuk lalat. Tetapi kalau korang nak guna untuk trap lipas pun boleh letak je dekat area karpet kereta tu, nanti kalau lipas lalu mesti melekat je dia dekat glue trap tu.

 

6. Bottle Trap Untuk Halau Lipas

 

Caranya mudah je ambil apa-apa sahaja botol minimuman plastic yang telah digunakan, pastikan botol tersebut dah kosong dan kering. Kemudian masukkan sisa makanan dan letakkan botol tersebut pada tepi seat kereta.

 

Pastikan kedudukan botol tersebut adalah menegak supaya ia boleh menyebabkan lipas tersebut susah untuk berjalan keluar. Lama-lama lipas tu akan mati daam botol.

 

7. Listerine

Beli listerine yang berbau pudina dan apa yang anda perlu buat adalah hanya spray kan je.  Bila lipas bau pudina nanti lama-lama dia akan rasa lemas dan boleh mati.

 

8. Essential Oil

Sekarang dekat sini mesti ramai geng-geng yang tenga kumpul essential oil kan? Lagi-lagi geng young living. Ada macam-macam bau lah untuk essential oil antaranya Lemon, Peppermint, Lemongrass,Tea Tree Oil dan macam-macam lagi.

 

Bau-bau nil ah sebenarnya yang boleh buatkan lipas rasa nak keluar daripada kereta.

 

9. Vakum

Selain guna bahan-bahan di atas untuk menghapus dan menghalau lipas keluar daripada kereta. Anda juga perlu gunakan alternative yang lain, dengan vakum bawah karpet kereta.

 

Biasanya bawah karpet tu memang tempat lipas-lipas menyorok dan beranak-pinak lah. Pastikan vakum sebersih-bersihnya untuk memastikan tiada lagi sisa makanan yang tertinggal.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.