tanda bateri kereta lemah

Siapa je tak bad mood, dah siap-siap nak keluar rumah pergi kerja tiba-tiba kereta pulak tak boleh nak start. Kalau enjin kereta tak boleh nak hidup ni puncanya tak lain dan tak bukan mestilah sebab bateri kereta lemah atau pun sudah kong!

Bateri kereta mempunyai jangka hayat dalam satu tahun hingga tiga tahun. Disebabkan itulah, sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, anda perlu ambil tahun tentang kesihatan bateri kereta.

 

bateri kereta lemah

Kalau dah guna bateri kereta dalam masa setahun tu boleh la pergi ke BateriHub untuk pemeriksaan bateri.Bateri kereta merupakan antara komponen penting dalam sistem elektrik kereta yang wajib ditukar setiap dua ke tiga tahun.

 

Mungkin ada sesetengah orang masih tak tahu tanda-tanda bateri kong kan? Jom baca artike penuh tentang tanda bateri kong yang korang wajib tahu!

 

6 Punca Bateri Kereta Lemah

1. Aksesori Kereta Berlebihan

aksesori kereta berlebihan

 

Ada sesetengah orang memang jenis suka modify itu ini pada kereta mereka. Selagi boleh modify, selagi tu lah mereka akan tambah aksesori pada kereta sampai tahap dah berlebihan.

 

Aksesori kereta yang berlebihan ini lah punca bateri kereta cepat kong, sekiranya kereta korang mempunyai banyak aksesori, perlu pakai bateri kereta yang lebih besar supaya boleh balance dengan tenaga yang digunakan.

 

2. Altenator Rosak

Kadangkala mungkin bukan bateri kereta anda yang bermasalah tetapi altenator kereta tersebut yang rosak dan tak boleh cas bateri kereta anda tersebut.

 

Fungsi altenator ini adalah untuk mengecas bateri kereta apabila kereta sedang berjalan. Jadi, sekiranya altenator rosak maka bateri kereta pun tidak dicas sebab itu lah bateri kereta kong.

 

3. Bateri Kereta Tamat Tempoh

Kebiasaannya jangkan hayat bateri kereta dalam satu hingga ke tiga tahun. Tetapi setelah satu tahun korang perlu periksa kesihatan bateri kereta supaya bateri kereta anda tidak kong secara tiba-tiba.

 

4. Litar Pintas

 

litar pintas kereta

 

Setiap kereta memerlukan sistem elektrik untuk menghidupkan enjin sebelum dipandu.

 

Sekiranya anda menggunakan cable wayar untuk aksesori kereta mahupun bateri kereta yang tidak elok ia boleh mendatangkan kesan litar pintas. Boleh juga menyebabkan kesihatan bateri kereta terjejas dan lebih teruk lagi kereta boleh terbakar.

 

5. Enjin Kereta Dah Lama Tak Start

kereta dah lama tak dihidupkan

 

Kalau korang tinggalkan kereta dan biarkan ia tak dihidupkan dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan bateri kong kerana bateri kereta tersebut tidak dicas.

 

Enjin kereta perlu dihidupkan sekurang-kurangnya dalam 5-10 minit setiap hari. Kalau korang jenis jarang keluar rumah atau pun work from home sahaja, pastikan enjin dihidupkan sekejap setiap hari.

 

6. Alarm Kereta Berbunyi Sendiri

Kebiasannya kereta model Proton ataupun Toyota alarm mereka akan berbunyi tak tentu hala disebabkan bateri kereta yang sudah kong.

 

Sekiranya alarm kereta anda dah mula keluarkan bunyi alarm yang tak tentu pasal boleh lah cepat-cepat pergi tukar bateri kereta yang baru.

 

Kesimpulannya korang kena sentiasa periksa kondisi bateri kereta anda untuk mengelakkan daripada bateri kereta anda kong secara tiba-tiba. Lebih baik bertindak dengan lebih awal untuk masa yang akan datang.

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.