Semasa memandu di atas jalan raya ni apa sahaja perkara yang boleh terjadi tanpa diduga. Kadangkala diri sendiri dah memandu cukup berhati-hati tetapi ada sahaja benda tak kena yang boleh terjadi. Tetapi, murah je sebenarnya kos repair cermin!

 

Kalau di atas jalan raya tu, jika nampak lori yang membawa pasir atau batu kecil ke mahupun memandu di atas jalan raya yang tidak berapa baik pastikan anda memandu dengan berhati-hati kerana risau cermin kereta anda terkena batu lalu retak atau yang lebih teruk lagi terus pecah.

 

Bila batu terkena cermin kereta memang sakit hati. Sakit hati sebab cermin kereta satu hal, nak repair cermin tu pun satu hal jugak. Ye lah, nak repair cermin kereta ni harganya bukannya seringgit dua, boleh makan beratus-ratus lah kalau kena tukar seluruh cermin tu. Lagi besar cermin tu retak, lagi banyak lah kos yang diperlukan untuk baiki semula cermin kereta tersebut.

 

 

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan pada anda cara untuk baiki cermin retak dengan harga bawah RM20! Belum cuba, belum tahu tau korang produk yang berjenama Visbella ni boleh digunakan untuk bahagian cermin kereta anda yang berlaku keretakan kecil dengan kos RM15.90 sahaja.

 

Caranya mudah sahaja ada beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti:

 

BERSIHKAN PERMUKAAN CERMIN

 

Bersihkan permukaan cermin kereta anda menggunakan kain mikrofiber dan buangkan segala serpihan yang ada pada cermin tersebut dengan menggunakan jarum peniti. Pastikan permukaan cermin bersih dan rata.

 

TAMPAL GETAH PELEKAT

 

Di dalam kit tersebut, terdapat getah yang berwarna merah dan berbentuk bulat dan ada lubang di tengahnya. Tampal getah pelekat tersebut di bahagian cermin yang retak dan di dalam bulatan. Pasangkan juga corong merah pada getah pelekat.

TITISKAN RESIN

 

 

Letakkan resin di dalam corong merah tersebut dalam satu ke tiga titik. Gunakan syringe dan

letakkannya di dalam dalam kedudukan paling bawah. Biarkan ia kering dan melekat dalam 10 minit.

CABUT SYRINGE

Selepas selesai dalam 10 minit boleh cabutkan syringe kemudian masukkan semula dan tekan plunger sehingga ke bawah. Biarkan kedudukan syringe dalam 20 minit.

CABUT PELEKAT & BERSIHKAN

 

 

Guna pisau kecil untuk cabut geta pelekat dan titikkan resin sekali lagi pada bahagian cermin yang retak. Tampal curing film pada bahagian cermin yang sedang dibaiki. Rata dan tekan bahagian tersebut dengan pisau kecil untuk pastikan resin kena di seluruh bahagian.

Biarkan cermin kereta anda di bawah cahaya matahari selama 20 minit dan siap! Cermin anda akan kelihatan seperti baharu dan tiada lagi keretakan pada cermin kereta anda. Boleh lihat cermin anda sebelum dan selepas gambar cermin kereta anda.

 

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.