Beberapa tahun yang lepas ada je kes yang menyebabkan beberapa gadis yang lemas di dalam kereta. Dikatakan sebab mereka tidur dalam kereta. Biasanya perkara tertidur dalam kereta bila berhenti berehat di RNR ni memang selalu terjadi.

 

Perkara sebegini yang menjadi tanda tanyanya adalah kenapa masih ada ramai lagi yang berani tidur di dalam kereta dan memasang aircond.

 

Walaupun rasanya korang semua pun mesti dah tahu betapa bahanya sekiranya anda tertidur dalam kereta dan memasang aircond dalam jangkamasa yang lama.

 

Biasanya apa yang boleh menyebabkan ada sesetengah orang yang lemas tidur di dalam kereta adalah akibat terhidu gas monoksida. Kalau mata korang tu memang dah tak boleh tahan dan terpaksa jugak tidur di dalam kereta, ada beberapa cara yang anda boleh cuba.

 

1. Flap Aircond

 

Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond tu berkumpul sahaja di dalam kereta. Boleh rujuk gambar di atas.

 

2. Buka Separuh Tingkap Kereta Sekiranya Ingin Tidur Dalam Kereta

Buka separuh tingkap kereta supaya ada pengudaraan angin keluar dan masuk daripada kereta. Tidak disarankan sekiranya buka tingkap terlalu kecil, kerana kebarangkalian risiko untuk anda lemas akibat gas monoksida itu tinggi.

 

Jadi untuk langkah selamat, buka sahaja tingkap besar sedikit dan pastikan keselamatan anda juga terjamin ya. Risau kalau orang boleh buat jahat pada anda semasa anda tidur.

 

3. Matikan enjin kereta sebelum tidur dalam kereta

Kalau nak cara yang paling selamat untuk elakkan lemas adalah buka tingkap kereta dan juga matikan terus enjin kereta. Buka tingkap untuk pastikan ada pengudaraan.

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.