Anak muda zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir 60% daripada mereka mempunyai kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan mereka kemana-mana sahaja yang mereka mahu. Malangnya, tidak semua di kalangan mereka ambil tahu tentang car yang betul untuk jumper kereta.

Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh anak muda sahaja malah masih mempunyai segelintir masyarakat dewasa juga tidak mengambil berat tentang perkara yang patut dilakukan.

Ia bukan sahaja hanya selalu terjadi pada kaum wanita sahaja, malah ada juga kaum lelaki masih tidak tahu kepentingan penjagaan dan penyelenggaraan bateri kereta.

Bateri ‘kong’ ditengah jalan merupakan masalah yang popular untuk pengguna kereta ia mungkin disebabkan bateri rosak mahupun voltan bateri kereta anda sudah lemah.

Oleh sebab itu, anda memang disarankan untuk memeriksa keadaan bateri kereta anda dari semasa ke semasa untuk mengelak dari berlakunya sebarang kecelakaan dan menggantikan bateri kereta sekurang-kurangnya selepas 2 tahun.

Tahukah anda? Jumper kereta merupakan salah satu cara yang berhasil dan mudah untuk menghidupkan semula enjin kereta tetapi hanya segelintir masyarakat sahaja yang betul-betul tahu cara untuk menggunakannya.

Korang pernah tak nampak apabila kereta itu mati di tepi jalan dan tiba-tiba ada kereta lain yang datang lalu mereka keluarkan dua wayar?

Selepas itu, mereka terus connect dua wayar tersebut pada kedua-dua kereta itu.

Haa, itu lah yang dinamakan jumper kereta iaitu cara untuk menghidupkan semula enjin kereta.

Jadi, untuk sesiapa yang masih belum tahu cara yang betul untuk jumper kereta. Jom baca lebih lanjut.

Sebelum anda melakukan jumper kereta, anda perlu memastikan bahawa kereta anda dalam keadaan seperti:

  •  Pastikan enjin dan suis kenderaan dimatikan.
  •  Bateri kereta ‘kong’ dan sudah mati
  •  Mempunyai jumper kereta
  •  Lagi sebuah kereta dengan bateri yang masih hidup dan elok

Berikut adalah tutorial cara menggunakan jumper kereta step by step yang perlu anda lakukan :

1. MATIKAN ENJIN KERETA

Sebelum anda mahu jump start sesebuah kereta, anda perlu pastikan bateri kereta tersebut tidak karat dan bocor.

Sekiranya anda masih melakukannya, ia akan memberikan kesan negatif pada bateri kereta anda.

Pastikan kedua-dua enjin kereta tersebut telah dimatikan terlebih dahulu, tarik kunci dan buka bonet hadapan.

Ini adalah untuk mengelakkan daripada kereta berlaku lintar pintas.

2. PARKING KERETA DENGAN RAPAT

Memandangkan saiz kepanjangan wayar jumper merupakan saiz standard  iaitu 4 meter jadi ia memerlukan jarak yang dekat untuk melakukan aktiviti jump start bateri kereta.

Jadi, anda perlu memastikan kedua-dua buah kereta tersebut parking dengan rapat dan memastikan ia berhadapan dengan satu sama lain.

Maksudnya, kedua-kedua enjin kereta tersebut berhadapan di antara mereka, baru lah sampai wayar jumper tersebut.

3. KABEL JUMPER MERAH KEPADA TERMINAL POSITIF

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda ingin menyambungkan kabel jumper tersebut anda perlu memastikan terminal (+) disambungkan pada terminal (+).

Sekiranya anda menyambungkan terminal (+) pada terminal (-) ia boleh menyebabkan kereta anda meletup.

Jadi, kebiasaannya terminal yang mempunyai penutup plastik berwarna merah adalah terminal positif kerana ia juga mempunyai symbol (+), jadi anda perlu menyambungkan ia pada terminal positif pada kereta yang lain pada terminal positif kereta yang sudah rosak itu.

4. KABEL JUMPER HITAM PADA TERMINAL NEGATIF

Seperti yang telah diterangkan di atas, kabel merah merupakan terminal positif, malah kabel yang mempunyai penutup plastik warna hitam pula adalah terminal negatif. Ia mempunyai simbol seperti ini (-).

Jadi, untuk mengelakkan kereta anda meletup anda perlukan memastikan sambungan kabel terminal negatif ini disambung pada terminal negatif kereta yang memerlukan bantuan tersebut.

Pastikan anda menyambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati dan selepas menyambungkan terminal negatif, anda perlu klip kabel tersebut pada dengan benda logam yang lain yang tidak bercat pada kereta yang memerlukan bantuan tersebut seperti batang bonet hadapan.

5. HIDUPKAN ENJIN KERETA PENDERMA

Selepas selesai proses penyambungan kabel jumper pada klip positif dan juga klip negatif, anda perlu pastikan kereta penderma tersebut dahulu dihidupkan enjinnya.

Tujuan menghidupkan enjin kereta penderma adalah untuk mengecas semula bateri kereta yang telah mati tersebut.

Biarkan enjin kereta tersebut dihidupkan selama 5 minit supaya ia betul-betul dapat mengecas bateri kereta tersebut.

6. HIDUPKAN ENJIN KERETA ‘KONG’

Selepas selesai proses pengecasan bateri kereta, anda boleh menghidupkan pula enjin kereta yang memerlukan bantuan tadi.

Sekiranya enjin tidak berjaya dihidupkan selepas beberapa kali percubaan, ia ada beberapa faktor yang boleh dijadikan punca.

Antara faktornya adalah berkemungkinan bateri kereta tersebut tidak dicas sepenuhnya, jadi anda boleh tambah proses pengecasan lagi 5 minit atau pun kereta anda mempunyai masalah lain dan bukan masalah bateri kereta.

7. CABUT KABEL JUMPER KERETA

Sekiranya kereta anda sudah boleh dihidupkan seperti sediakala anda boleh cabut kabel jumper kereta dengan berhati-hati anda perlu mencabut kabel jumper pada kereta yang memerlukan bantuan terlebih dahulu dan diikuti kereta penderma.

Selepas cabut kedua-dua kabel jumper  kereta, anda perlu melakukan atau nama lainnya ‘test drive’ kereta anda di dalam kawasan yang berdekatan untuk memeastikan bahawa kereta anda betul-betul sudah elok.

Sekiranya masih berlaku enjin mati, anda perlu pergi pada bengkel yang berdekatan untuk memerlukan bantuan.

Dibawah adalah sebuah infografik yang mudah untuk anda ikuti dan fahami cara-cara menggunakan jumper kereta. Selamat mencuba!

 

Car stranded on the roadside and need a new battery?

Contact us at 1700-81-6081.

Follow BateriHub Facebook Page and Instagram for more information.