Rasanya walaupun ramai daripada dikalangan anda di sini mesti dah pro memandu, lagi-lagu memandu kereta. Walaupun ramai disini yang pandai memandu dan bawa kereta tetapi tak semestinya semua tahu bila perlu tukar minyak hitam? Betul tak? Bila kali terakhir anda isi minyak hitam?

Memang ramai je yang tahu tentang kewujudan minyak hitam tu tetapi tak berapa tahu tentang kegunaan dan bila sebenarnya perlu tukar minyak hitam. Bukan itu sahaja, kalau tanya budak muda sekarang  ada sesetengah daripada mereka tu tak tahu pun minyak hitam tu. Jangan risau, you are not alone. Selagi ada masa boleh la korang belajar, betul tak?

 

Kalau anda semua nak tahu, minyak hitam ini sebenarnya adalah minyak enjin. Dia membantu dan berfungsi sebagia pelincir supaya enjin kereta anda boleh berfungsi dengan baik sekali dalam prestasi yang bagus

.

Bukan itu sahaja, minyak hitam ini juga sebenarnya bantu untuk membersihkan enjin kereta anda. Jadi, ia akan melindungi enjin kereta anda daripada mengalami sebarang kerosakan. Minyak hitam ni juga lah mampu memastikan pemanduan kereta anda ni bertambah lancar je semasa nak memandu.

 

 

Anda rasa bila patut tukar minyak hitam kereta anda? Ada sesetengah orang mereka rasa minyak hitam kereta ni patut ditukar mengikut kilometer iaitu samada 5,000, 7,000 atau pun 10,000 kilometer.

 

Kilometer ni bergantung pada jenis kereta la atau minyak hitam yang digunakan lah. Tetapi kadangkala ia tak semestinya macam tu, ada sesetengah orang walaupun kereta dia tidak dalam keadaan yang baik. Namun mereka masih tidak mahu menukar minyak hitam kereta mereka kerana belum cukup kilometer.

 

Sebenarnya penggunaan minyak hitam kereta anda ni bergantung pada jarak kereta anda. Atau tanda-tanda yang menyebabkan minyak hitam itu perlu ditukar. Sekiranya anda mendapati kereta anda perlu tukar minyak hitam, jadi tukar lah sekarang supaya enjin kereta anda tidak rosak.

 

Nak tahu tanda-tanda kereta anda tukar minyak hitam? Baca artikel penuh di bawah, kami akan selesaikan dan bantu anda. Sekiranya anda jenis-jenis yang mengabaikan tanda-tanda yang boleh menyebabkan masalah pada enjin kereta anda. Kalau enjin kereta anda rosak, nanti lagi banyak kos anda nak hantar kereta pergi bengkel.

 

TANDA-TANDA PERLU TUKAR MINYAK HITAM

1. Bau Terbakar


Kereta anda selalu ada bau terbakar, lagi-lagi di bahagian enjin?

 

Sekiranya enjin kereta anda sudah mula ada bau terbakar, anda perlu segera menghantar ke bengkel kereta. Baiki kereta anda sebelum ia menjadi lebih teruk, sebab masalah bau enjin kereta seperti terbakar ataupun hangit. Ini biasanya berlaku sebab aada kebocoran minyak, kerosakan pada ekzos dan enjin kereta.

 

Kadangkala bau hangit ni juga boleh disebabkan oleh temparature kereta anda yang terlalu panas dan menyebabkan minyak terbakar dalam sistem ekzos. Lebih teruk sekiranya ada asap yang berwarna hitam, kelabu atau pun biru keluar daripada ekzos. Kalau anda tidak hantar baiki dengan segera ia boleh rosakkan seluruh kenderaan anda.

 

2. Lampu ‘Oil Pressure Warning’ Menyala

 

Salah satu cara yang paling mudah untuk tahu bila sebenarnya anda patut tukar minyak hittam kenderaan adalah apabila ada keluar lampu amaran. Anda boleh tengok lampu ni dekat bahagian dashboard kereta anda.

 

Sekiranya lampu minyak enjin kereta anda menyala bermaksud anda memang perlu ke bengkel dengan segera. Supaya mekanik boleh periksa kenderaan anda. Biasanya lampu minyak enjin kereta ni akan menyala apabila minyak hitam kenderaan anda telah berada tahap yang terlalu sedikit, hampir habis la kiranya.

 

3. Enjin Kereta Berbunyi Bising

 

Biasanya tak kisah lah kereta lama atau pun baru, sekiranya ada masalah berkaitan minyak hitam atau pun minyak enjin mesti enjin kereta anda anda berbunyi.  Nak memandu pun rasa terganggu bila dengar bunyi enjin kereta sendiri.

 

Biasanya setiap beberapa bulan sekali anda perlu periksa condition minyak hitam anda samada dalam keadaan baik atau pun tidak. Kerana minyak hitam dia bantu untuk elak komponen logam dalam enjin itu daripada bersentuhan antara satu sama lain. Bagi komponen dalam enjin tu smooth je lah.

 

Tetapi sekiranya minyak hitam kereta dah lama tak tukar atau pun tak hantar service. Minyak tersebut makin lama akan jadi sikit dan semakin cair. Bila minyak hitam tersebut dah semakin cair, nanti ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan sebab tu la dia boleh mengeluarkan bunyi bising dekat enjin kereta.  Disebabkan komponen logam dalam enjir kereta anda tu dah bergesel di antara satu sama lain.